SERENDAH - Seorang wanita mendakwa, ubat kurus keluaran tempatan di
negara ini mendatangkan kesan sampingan yang berbahaya kepada pengguna,
selepas diberitahu oleh doktornya.
"Ya Allah, tak sangka makan ubat kurus Surut Ayu ada effect pada hati
yang boleh menyebabkan kerosakkan hati. Subhanallah, terhenti sekejap
jantung aku bila doktor beritahu tadi. Patutlah asyik sakit dada saja.
"Pada sesiapa yang mengamalkan Surut Ayu, tolong hentikan sebelum terlambat," kata Eyza Leeya.
Bagaimanapun, pengguna tegar Surut Ayu pula mendakwa, produk yang
digunakan oleh Eyza Leeya itu berkemungkinan ubat kurus tiruan. Selain
itu mereka juga mendakwa doktor kerap menyalahkan suppliment yang
digunakan oleh pesakit meskipun ia sebenarnya tiada kaitan.
Berdasarkan sebuah infografik yang dikeluarkan oleh Cawangan
Penguatkuasaan Farmasi Kelantan (CPFK) dan Cawangan Penguatkuasaan
Farmasi Labuan (CPFL), produk tersebut tidak berdaftar dengan
Kementerian Kesihatan Malaysia.
"Surut Ayu Jamu Herbal Ramuan Alami ini mengandungi Sibutramine yang
boleh menyebabkan gangguan mental, perubahan emosi, sawan, serangan
jantung, pendarahan usus, masalah buah pinggang dan sakit kepala.
"Memiliki atau menjual produk ini boleh dikenakan hukuman sehingga RM25,000 atau penjara selama 3 tahun," katanya.
No comments:
Post a Comment