Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Harvard School of Public Health, tiga jenis sayur yang dikatakan boleh memberi kesan kepada penambahan berat badan adalah:
1. Kentang
2. Jagung manis
3. Kacang pis
Kentang adalah antara sayuran tinggi karbohidrat yang dengan pantas boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Begitu juga dengan sayuran seperti jagung, kacang pis serta ubi turut mempunyai kesan yang sama.
Salah satu cara agar pengambilan kentang dan dua lagi makanan tadi tidak memberi kesan kepada mereka yang sedang dalam proses menurunkan berat badan adalah dengan tidak menggabungkannya dengan roti, nasi, pasta atau sumber karbohidrat yang lain.
Untuk mereka yang berdiet juga disarankan mengambil sayuran terbaik dalam menjaga berat badan seperti kubis dan brokoli. Selain itu kombinasikan dengan buah-buahan pembakar lemak untuk memberi hasil diet maksimum iaitu blueberi, epal, pir, strawberi dan kismis.
Bagi yang dalam misi menurunkan berat badan harapa ambil perhatian tentang perkara ini maklumlah kentang selalu saja menjadi sebahagian sajian kita sehari-hari. Boleh jadi itu juga sebab berat badan masih tak turun-turun.
JOM BACA SETERUSNYA DISINI
No comments:
Post a Comment