Fizo Omar atau Wan Hafizol Wan Omar, 30, terkilan dengan tindakan
seorang blogger wanita yang mengkritik restorannya, FizoMawar Kitchen,
secara terbuka melalui laman blog Kisah Emas Putih.
Katanya, kritikan blogger berkenaan tidak dibuat dengan cara yang betul
dan dia sepatutnya membuat aduan secara e-mel atau menghantar mesej
peribadi kepadanya.
"Saya bukan tidak boleh menerima kritikan orang ramai tentang kelemahan
restoran saya tetapi cara penulisan dan niat sebuah blog dalam ulasannya
seperti berniat tidak baik. Kita boleh baca penulisan tersebut dan
menilai niat penulis itu untuk menegur," katanya.
Blogger Kisah Emas Putih pada 1 Januari lalu membuat ulasan mengenai
restoran FMK itu dan meluahkan rasa kecewanya dengan tahap perkhidmatan
kakitangan restoran tersebut.
Menurut blogger itu, pekerjanya lambat mengemaskan meja yang kotor, menu
lambat sampai, senarai menu yang diberi pula mengelirukan berikutan
nama menu yang pelik.
JOM BACA KOMEN2 DISINI
No comments:
Post a Comment