1. Ceraikan saya - yang ini selalu disebut oleh para isteri bila berdepan konflik besar. Bertenang, jaga emosi, bimbang anda menyesal.
2. Saya tak marah – kalau tak marah kenapa tinggikan suara dan menghempas pintu. Jangan menafikan apa yang anda rasa. Marah katakan marah, biar pasangan tahu.
3. Awak ni kan macam ayah/ mak awak jugak – ini bermakna anda sedang memperkatakan keburukan mentua dan pasangan sendiri. Kata-kata ini juga akan buat suami/isteri lebih marah.
4. Awak ni …(diikuti kata-kata kutukan) - pemalas, suka tidur saja atau kata-kata yang membandingkan suami dengan orang lain seperti ‘awak ni tak macam suami liza tu…” Ia amat menyakitkan hati dan membuatkan suami rasa tak dihargai.
5. Tengok anak-anak dah nangis – anda mengambil kesempatan menyalahkan pasangan. Tapi lebih penting untuk diingat jangan sesekali bergaduh depan anak.
6. Awak selalu saja lambat, tak pernah nak tolong – kata-kata ini menunjukkan betapa anda tidak pernah yakin kepada suami/isteri bahawa dia akan berubah. Ia langsung tak memberi semangat kepada pasangan.
7. Semua ini salah awak – bila berlaku konflik dalam rumah tangga jarang hanya satu pihak yang bersalah sepenuhnya. Jadi nilaikan juga kesalahan sendiri.
8. Awak tak sayangkan saya lagi – seolah-olah anda adalah mangsa, ia tak menyelesaikan masalah.
9. Patutlah orang asyik ingatkan saya pasal ini tentang awak – anda menunjukkan kekesalan memilih dirinya sebagai pasangan hidup. Lebih dari itu jangan babitkan orang lain dalam konflik rumah tangga anda.
JOM BACA SETERUSNYA DISINI
No comments:
Post a Comment