Assalamualaikum.
"Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk berkongsi tentang apa yang berlaku kepada diriku"
Mohon jasa baik kawan-kawan, saudara-saudara memberikan pendapat
mengenai kes kecuaian hospital yang mereka ambil mudah dan tiada
penjelasan dari apa yang mereka telah lakukan.
Perkara ini berlaku bermula 14 November 2007 ketika saya berusia 20
tahun. Saya yang menunggang motosikal ketika dalam perjalanan ke tempat
kerja di Tesco Ampang mengalami kemalangan jalan raya di Jalan Wahyu,
Kuala Lumpur. Tulang paha kaki kanan patah, dan saya dihantar ke sebuah
hospital kerajaan di Kuala Lumpur dengan menaiki kereta yang dibantu
oleh orang awam yang berada di lokasi kemalangan.
Sampai di hospital, mereka membalut kaki saya dengan kain dan kayu untuk
menstabilkan kaki saya yang pada ketika itu lemah. Setelah itu, mereka
membawa saya ke bilik x-ray dan saya menunggu di depan bilik x-ray saja
hampir 3 jam!
Sambil menunggu, saya meraung kesakitan yang teramat sangat. Hanya Allah
saja yang tahu. Selama 3 jam itu, mereka tidak memberikan saya ubat
tahan sakit walaupun saya sudah banyak kali meminta pada jururawat yang
lalu lalang di situ. Malah mereka buat tak tahu dengan permintaan saya.
Ada yang mengatakan bahawa pihak hospital tidak akan melayan dengan baik
jika seseorang itu dilabel sebagai kaki rempit. Adakah itu adil tanpa
mengkaji selidik dulu? Adakah sifat itu perlu ada pada seseorang yang
bekerja dalam bidang perubatan? Dimanakah keikhlasan mereka membantu
pesakit-pesakit? Adakah mereka perlu ada layanan pilih bulu dalam
menjalankan tanggungjawab?
Soalan cepu emas saya kepada pihak hospital, jika adik beradik atau saudara jururawat atau doktor yang menjadi pesakit hospital, adakah mereka akan menerima nasib yang sama seperti saya?
Maaf, saya bukan mat rempit. Dulu saya rappers jalanan. Hehe! Zaman muda-muda.
JOM TENGOK GAMBAR2 PENDERITAANNYA DISINI
No comments:
Post a Comment