Friday, 22 January 2016

7 Rahsia Che Ta Kekal Langsing & Jelita Walaupun Sudah Berusia 42 Tahun!

Siapa yang tidak mengenali wanita cantik ini. Rozita Che Wan sering dikaitkan dengan bulu mata palsu dan memang sudah jadi trademark.
Walaupun sudah berusia 42 tahun dan sudah mempunyai 3 orang anak, namun pelakon ini kekal langsing dan jelita.
Mesti ramai yang makan hati dengan kecantikan ibu kepada Aaisyah Dhia Rana ni. Apa rahsianya, mesti ramai nak tahu kan!

1. Jangan pernah dengki dengan kecantikan orang lain

Sentiasa menghargai kecantikan dan jangan pernah dengki pada kecantikan orang, ia akan terserlah pada wajah.
gfdgf

2. Mandi badan dulu untuk elak rambut beruban

Kalau mahu elakkan rambut beruban, mandi badan terlebih dahulu, biar badan terasa sejuk kemudian baru basahkan kepala.

3. Kurangkan makan nasi kalau berat badan naik

Saya makan seperti biasa. Apabila berat badan mulai naik, saya akan kurangkan. Contoh seperti makan nasi tiga kali sehari saya akan kurangkan mungkin sekali atau dua kali sahaja. Namun ketika mengandung saya makan nasi lima kali sehari!
gbhgfdgfg

4. Amalkan sit ups untuk badan langsing

Saya tidak amalkan pemakaian bengkur atau girdle untuk badan langsing. Saya amalkan sit ups untuk perut kekal kempis.

5. Berpantang selepas bersalin sangat penting untuk tubuh badan cantik

Dahulu sewaktu berpantang mak saya memang betul-betul jaga. Dia akan pastikan kipas dan penyaman udara tidak dipasang jadi suasana bilik seperti sauna. Kemudian saya akan minum jus prun, bertungku dua kali sehari. Makan ikan masin, hati masak lada hitam, ikan bilis dan buah epal.
dfgff

6. Penjagaan kulit sangat penting untuk kulit yang cantik

Siang saya amalkan penjagaan asas seperti mencuci, menyegar, serum dan krim siang. Malam pula cukup sekadar mencuci, serum dan krim malam. Jika rajin saya akan memakai peel off mask.

7. Selalu amalkan kuning telur untuk kulit awet muda

Lepas cuci wajah, lap wajah dengan tisu bukan dengan kain. Kemudian saya selalu letakkan kuning telur pada kapas dan tekap pada wajah sebagai pupur.
fdgfd

No comments:

Post a Comment