Siapa tak sentap bila orang yang usia sebaya panggil kita makcik. 
Walhal anda bukanlah tua sangat, baru umur 30 tahun. Mengapa ya ? Kalau 
situasi ini kerap berlaku pada anda mungkin dah tiba masa cara pemakaian
 anda diubah kerana itulah puncanya.
 1.Serba hitam
 Memang pakai serba hitam akan buat diri nampak kurus tapi sebenarnya 
warna ini juga buat wajah nampak kusam dan tua.  Jadi gabungkan hitam 
dengan warna lain. Sebagai contoh memakai  tudung warna biru ke, seluar 
coklat atau putih. 
 2.Silap pilih bra
 Pemilihan bra yang salah boleh buat payu dara nampak melendut macam 
orang tua. Ada juga yang buat ia terlebih menonjol. Oleh itu sebelum 
beli, pilih yang betul-betul sesuai, jangan segan dapatkan pandangan 
atau nasihat daripada jurujual.  
 3. Baju turtlenecks
 Memang jarang yang pakai tapi bila duduk di pejabat  yang sejuk ada 
juga yang suka mengenakan  baju tutup leher. Sebenarnya baju ini akan 
buat leher anda kelihatan tenggelam. Jika anda pendek lagi tak kena. 
 4. Pakai baju besar
 Kononnya teknik ini akan menyebabkan tubuh gemuk anda dapat 
disembunyikan. Tapi sebenarnya anda akan nampak lebih gemuk dengan baju 
besar ni.  Bukan bermakna anda perlu pakai baju ketat tapi pilih baju 
yang sederhana tidak terlaku besar dan tidak terlalu ketat. 
No comments:
Post a Comment