Thursday, 28 January 2016

10 Cara Didikan Ibu Garang Agar Anak Jadi 'Orang'

10 Cara Didikan Ibu Garang Agar Anak Jadi Orang
Cuba ingat balik macam mana stail kebanyakan mak zaman dulu, semuanya boleh dikatakan garang. Kita sendiri sebagai anak mengakuinya. Dan disebabkan kegarangan ibu itulah, kita takut buat salah, ikut semua cakap ibu, cemerlang di sekolah dan akhirnya jadi orang.

Memang masa kecil dahulu ramai antara kita mengeluh 'kenapalah mak aku ni garang sangat', tapi bila sudah dewasa kita akhirnya tahu sendiri kenapa mak bersikap sebegitu. Semuanya untuk kebaikan kita. Dalam setiap didikan ibu yang garang itu ada pengajarannya.

Tapi cara didikan ibu garang sekarang tak boleh disamakan. Dulu kalau kita buat salah, mak akan pukul dengan getah paip atau penyapu lidi, sekarang tak boleh lagi, kena ikut peredaran zaman. Ini antara cara didikan ibu garang sekarang. Garang kerana sayang. 
1. Paksa anak tidur awal - semua orang tahu kepentingan tidur yang cukup apatah lagi pada anak kecil. Lakukan peranan anda sebagai ibu, paksa mereka masuk bilik untuk tidur paling lewat jam 10 malam.

2. Jangan beri anak jajan setiap hari - anggap makanan ini hanya untuk hari istimewa saja.

3. Bayar jika mahukan sesuatu - ajar mereka ikut cara orang dewasa. Jika anak mahukan permainan baru, pastikan mereka bekerja untuk mendapatkannya. Minta mereka bantu kerja rumah. Beri upah dan biar mereka kumpul hingga mencukupi.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/28/t1.jpg
4. Beri mereka jam - minta mereka membuat perkara mengikut masa yang ditetapkan.

5. Jangan selalu belikan barang terbaru dan terbaik-  supaya mereka menghargai apa yang ada.

6. Biar mereka rasa kehilangan - bila anak rosakkan mainan, jangan ganti dengan yang baru. Ini  pengajaran agar anak menjaga mainan mereka.

7. Kawal TV dan gajet - jangan biarkan anak menonton program TV sesuka hati dan bermain telefon hanya kerana rakan-rakan mereka buat perkara yang sama. Tunjukkan ketegasan anda sebagai ibu.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/28/t2.jpg
8. Mengaku salah bila buat silap  - pastikan mereka minta maaf. Jangan biarkan anak membuli, menipu dengan mudah.

JOM BACA SETERUSNYA DISINI

No comments:

Post a Comment