JOHOR
BAHRU: Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim disahkan
mangkat pada jam 7 malam tadi di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah
(HSA), di sini. Pengumuman dibuat Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja
Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, pada sidang media khas yang diadakan di
Bilik Gerakan Tun Abdul Razak, Bangunan Sultan Ibrahim, dekat Bukit
Timbalan, sebentar tadi. Abdul Rahim berkata, jenazah almarhum akan
diiring ke Istana Besar Johor Bahru dan disemayamkan di sana.
"Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) akan memulakan bacaan tahlil di bilik
jenazah dan pada esok jam 7 pagi akan disempurnakan Istiadat Siram
Jenazah dan Mengkafankan Jenazah. "Jenazah kemudian akan disemayamkan di
Petrana tujuh tingkat di Bilik Singgah Sana Istana Besar Johor,"
katanya. Abdul Rahim berkata, bermula jam 9 pagi hingga 11.30 pagi,
rakyat jelata dibenarkan untuk hadir memberikan penghormatan terakhir
menggunakan pakaian sopan. Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil
Sultan Ibrahim diputerakan pada 7 Julai 1990 di HSA, di sini.
Allahyarham adalah putera keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar
dan Raja Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. Tunku
Abdul Jalil mendapat pendidikan awal di Sekolah Sri Utama Johor Bahru
dan Sekolah Antarabangsa Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) Zaikarim Johor
Bahru, sebelum meneruskan pengajian dalam bidang Zoologi dan
Pemuliharaan di sebuah universiti di United Kingdom selama dua tahun.
Allahyarham yang mesra dengan gelaran Lil pernah menjalani kursus
latihan kepolisan selama sembilan bulan sekali gus bergelar Inspektor
pada tahun 2011. Tunku Abdul Jalil mula mendapatkan rawatan untuk
penyakit kanser hati yang dihidapinya tahun lalu dan menjalani
pembedahan pemindahan hati di China
No comments:
Post a Comment