Beauty start at 40 years old adalah ungkapan terbaik
untuk 10 orang artis yang disebut ramai sebagai selebriti tercantik
Malaysia.
YA BENAR kecantikkan itu adalah anugerah,
bagaimanapun bukan sesuatu yang mudah untuk mengekalkannya. Lebih-lebih
lagi faktor kehidupan kini yang dianggap membuatkan kita menjadi semakin
malas dek perkembangan teknologi.
Namun ia bukan halangan dan mustahil bagi mereka yang
bergelar selebriti. Berikut adalah selebriti terkenal tempatan yang
berjaya mengekalkan kecantikan dan keanggunan meskipun usia mencecah 40
tahun.
1. Sheila Majid
Datuk Sheila Majid atau Shaheila Abdul Majid dilahirkan
3 Januari 1965 dan berketurunan Mandailing-Jawa. Terkenal dengan single
Sinaran, penyanyi popular ini masih kekal cantik walaupun dikurniakan
empat cahayamata.
2. Ella
Meskipun usia kini mencecah 49 tahun, Ella atau Nor
Zila Aminuddin masih mengekalkan kecantikan dan kemerduan suaranya.
Sehingga kini, Ella masih berjaya mengekalkan gelaran Ratu Rock Malaysia
yang dimilikinya sejak tahun 1987.
3. Ziana Zain
Siti Roziana Zain atau lebih dikenali sebagai Ziana
Zain lahir pada 2 Mei 1968 dan berusia 47 tahun. Ziana bangkit sebagai
bintang yang sentiasa cantik, sensasi dan dijulang sebagai salah seorang
diva pop yang paling berjaya di Asia Tenggara.
4. Noralbaniah
Nor Albaniah Raffie adalah pelakon wanita kelahiran
1970 dari Perak dan kini berusia 45 tahun. Meskipun umurnya menghampiri
ke angka 50, pelakon yang pernah popular menerusi kaca televisyen ini
masih bijak mengekalkan kecantikan dan pemakaiannya.
5. Fauziah Latif
Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff atau juga dikenali
sebagi Gee merupakan salah seorang penyanyi di Malaysia dan kini berusia
45 tahun. Meskipun nyanyiannya jarang kedengaran di corong radio, Gee
masih tampil cantik dan menawan di setiap majlis yang dihadiri.
6. Maria Fareeda
Kecantikan aktress berusia 45 tahun ini seolah-olah
tidak pernah pudar. Meskipun aktif bergiat dalam bidang lakonan sehingga
kini.
7. Amy Mastura
Amy Mastura Suhaimi atau Amy Mastura lahir pada 10 Mei
1971 dan berusia 44 tahun. Wajahnya yang cukup manis bertambah cantik
setelah aktres ini tampil dengan imej bertudung.
8. Rozita Che Wan
Usia tidak menghalang Rozita Che Wan atau Rozita Abu
Bakar daripada menjaga penampilan dan gayanya. Meskipun bergelar ibu dan
isteri kepada keluarganya, Rozita masih mampu memberikan komited dalam
bidang hiburan.
9. Jasmin Hamid
Jasmin Hamid atau nama penuhnya Jasmiah Abdul Hamid
merupakan aktres komedi popular Malaysia yang mencipta nama pada era
1990an. Jasmin yang kini berusia 43 tahun masih aktif berlakon dalam
banyak drama-drama komedi di negara ini.
10. Vanida Imran
Vanidah Amran atau lebih dikenali sebagai Vanida Imran
ialah seorang pelakon dan pengacara di negara ini. Isteri kepada Rashidi
Ishak ini masih tampil dengan gaya memukau meskipun usianya mencecah 42
tahun.
No comments:
Post a Comment