Sunday, 6 December 2015

Maafkan Mak Iti Tak Dapat Ziarah Lil Buat Kali Terakhir - Siti Nurhaliza



KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza yang juga merupakan teman rapat kepada Almarhum Tunku Abdul Jalil menyifatkan baginda seorang putera raja yang berjiwa rakyat.

"Saya kehilangan seorang teman, sahabat, teman bergurau senda dan pemberi semangat tiap kali saya dalam kesedihan," ujar Siti yang masih bersedih dengan berita pemergian itu.

Penyanyi itu yang baru keguguran pada Khamis minggu lalu turut memohon maaf kerana tidak dapat menziarahi buat kali terakhir jenazah sahabatnya itu.

"Lil, maafkan Mak Iti kerana tidak dapat menziarahi Lil buat kali terakhir, namun Lil sentiasa dalam doa Mak Iti. Al-Fatihah." ujarnya di laman sosial Instagram miliknya awal pagi ini.

Kali terakhir penyanyi itu menziarahi Tunku Jalil di hospital adalah pada dua minggu yang lalu.

Pertemuan itu turut dikongsi Siti menerusi akaun Instagramnya.


No comments:

Post a Comment