gambar hiasan |
Meskipun sudah jelas, dia seorang yang gatal tetapi dia tetap marah
apabila dikata begitu. Berbeza lelaki, kebanyakan lelaki hidung belang
bangga apabila disamakan seperti buaya darat.
Meninjau alasan mereka setiap kali menolak, status gatal atau perasan
itu terlalu keras untuk dilabelkan. Malah ia kedengaran seperti tiada
maruah untuk seorang wanita sedangkan ia memang realiti.
Sebuah majalah wanita sendiri pernah melaporkan yang hari ini lebih 50
peratus hubungan ia bermula daripada wanita yang memberi reaksi positif,
minta untuk didekati dan mengharap ada lanjutan daripada si lelaki.
Perangai lelaki lebih kurang sama, mereka tidak sekali menunjukkan rasa
minat ketara atau nampak terhegeh-hegeh walaupun mereka sememangnya
minat dan suka berbanding wanita yang lebih mudah mengukir senyum jika
tersentuh jiwanya.
Hakikatnya antara lelaki dengan wanita, memang tiada bezanya dalam soal
‘gatal’ ini. Kalau kita katakan lelaki miang itu sangat ramai, wanita
gatal pun tidak kurang. Mereka ada di mana-mana contohnya di pejabat, di
taman-taman perumahan, di institut pengajian, malah di mana saja.
Bezanya, lelaki tidak segan silu memperlihatkan sikap miang itu
sedangkan wanita sedaya mungkin cuba menyembunyikannya bagi terlepas
daripada gelaran ‘wanita berangan’ atau ‘syok sendiri’.
Kalau kita lihat dari perspektif lebih luas, lelaki yang gemar bergaul,
banyak kenalan dan jenis periang adalah mereka yang lebih cenderung
bersikap gatal atau mengurat. Tapi perlu diingat, tidak semua lelaki
begitu berniat lebih sebaliknya mereka gemar mengusik saja bukannya
ingin untuk ke fasa seterusnya.
Kebanyakan lelaki memang bersikap ‘test market’ walaupun sudah mempunyai
teman wanita. Tapi sayangnya, wanita pula yang terlebih ‘feeling’ dan
mudah sangat jatuh hati sedangkan ia hanya ‘crush’.
Siapa golongan wanita yang acap kali dilabel gatal?
Kebiasaannya gadis di sekolah menengah adalah golongan paling cepat
memberikan reaksi jika diusik lelaki. Kiranya cinta monyet zaman
persekolahan adalah fasa permulaan bagi kebanyakan gadis hari ini.
Tapi lebih kronik dan ada kalanya tidak boleh terlepas daripada gelaran
sebegitu adalah setiausaha. Itulah stigma yang melekat pada masyarakat
kita yang mana kerjaya ini sering kali dikaitkan dengan identiti wanita
yang gatal.
Kasihan juga pada mereka yang kebetulan berkerjaya ini kerana tanggapan
itu sudah sinonim dan sukar ditepis walaupun tidak semua bersikap
begitu.
Andaian ini disebabkan kerjaya setiausaha selalunya memerlukan beberapa
kriteria seperti cantik, bergaya dan bijak berkomunikasi terutamanya
dengan majikan yang kebanyakannya lelaki yang sudah berkahwin.
Kerana itu juga mereka mudah dikaitkan menjalin hubungan atau menyimpan
strategi untuk memancing selera majikan masing-masing ketika bekerja
memandangkan lebih 80 peratus rutin tugasan mereka perlu bersama majikan
itu.
Pada kebiasaannya, seorang setiausaha akan mengendalikan semua fungsi
kesetiausahaan termasuk kerja-kerja memfailkan dokumen, menyemak
surat-menyurat, mengendali panggilan telefon, mengatur mesyuarat serta
menyambut tetamu ketuanya.
Oleh kerana sentiasa berurusan dengan pihak luar khususnya para
pelanggan syarikat atau organisasi, seorang setiausaha perlu memiliki
perwatakan menarik dan inilah salah satu elemen yang menyebabkan
kebanyakan bos mudah terpikat kepada setiausahanya sendiri.
Jangan tipu, isteri kepada majikan pastinya akan terbit rasa cemburu
atau paling tidak mencurigai keadaan itu kerana ada kalanya setiausaha
perlu kerja lebih masa dan meluangkan masa dengan majikan mereka.
Isu mengenai cinta gelap antara setiausaha dengan bos lelaki ini masih
menjadi persoalan dan pertikaian jika topik mengenai pejabat diutarakan.
Bagaimanapun setiausaha tidak semestinya seorang wanita. Lelaki juga
boleh melaksanakan tugas ini malah ada kalanya lebih baik. Lihatlah
setiausaha persatuan, setiausaha surau dan masjid, malah setiausaha
negara adalah seorang lelaki.
Kalau dilihat mengapa stigma ini berlaku, ia berpunca daripada sikap
sesetengah setiausaha itu sendiri. Tidak dinafikan, memang banyak kes
membabitkan setiausaha wanita dengan majikan lelaki yang berlaku.
Bos lelaki itu sanggup curang dengan isteri dan anaknya malah lebih
teruk ada yang ‘kantoi’ depan mata menjalin hubungan dengan setiausaha
mereka sendiri. Maklumlah setiausaha cantik dan bergaya, lebih faham
masalah dan tekanan majikan mereka di pejabat membuatkan majikan lelaki
lebih selesa dengan layanan mereka berbanding isteri yang mungkin tidak
memahami.
Penyelesaiannya? Tiada yang konkrit untuk melenyapkan masalah ini kerana
semuanya bergantung kepada diri sendiri. Lebih baik jika majikan lelaki
dibantu oleh setiausaha lelaki atau wanita yang sudah pun berkahwin dan
mempunyai komitmen keluarga.
Kalau majikan wanita, ia lebih mudah kerana jarang sekali kita dengar
kisah setiausaha lelaki menjalin hubungan dengan majikan wanita
memandangkan wanita yang memegang status majikan akan lebih serius dan
komited terhadap tugasnya.
‘Lady boss’ adalah gelaran untuk majikan wanita yang hampir kesemuanya
tegas dan tidak akan melakukan benda remeh di pejabat, sebaliknya mereka
bersikap fokus pada tanggungjawab.
Justeru kepada setiausaha wanita terutamanya yang muda, jagalah peribadi
dan tingkah laku kerana setiap pergerakan anda diperhatikan. Apa saja
dilakukan pastinya menjadi tanggapan dan mudah dinilai.
Itu kisah kerjaya yang acap kali dikaitkan dengan isu ini, tapi ada
banyak lagi jenis wanita yang gatal dan cepat miang, cuma semuanya lebih
mudah untuk dinilai sendiri.
No comments:
Post a Comment