Tuesday, 8 December 2015
Kepada Perempuan Diluar Sana Sila Jadikan Pengajaran. INILAH PADAH Kahwin LARI, GADIS Ini Di Paksa Makan B@BI!!
Seorang ibu muda pasti tidak terfikir apabila tindakannya melarikan diri
ke Nepal mengikut suaminya akan menyebabkan hidupnya menderita
sepanjang empat tahun di sana dan kini dia mahu pulang ke Malaysia.
Nur Sri Rahayu Marimon
Itulah derita yang kini dilalui oleh ibu muda warganegara Malaysia Nur
Sri Rahayu Marimon, 24 tahun, yang kini tinggal di negara berkenaan
bersama dua anaknya selepas ditinggalkan suaminya yang bekerja di Arab
Saudi sejak tiga tahun lepas.
Dia yang dikenali sebagai Ayu kini terpaksa bekerja memecah batu di
Nepal untuk menyara kedua-dua anaknya. Biarpun suaminya ada mengirimkan
wang tetapi ia dibuat melalui ibu mertuanya yang memberikan wang tidak
mencukupi kepadanya dan anak-anak.
Lebih menyayat hati, anaknya yang berumur setahun dipaksa memakan bubur
nasi yang dimasak bersama dengan daging babi. Jika si kecil enggan
memakannya, ibu mertua Ayu akan memukul kanak-kanak itu.
Nepal women workers
Gambar hiasan.
Kira-Kira setahun lepas, bapa Ayu seorang pemegang taraf penduduk tetap
dari Indonesia sejak sembilan tahun lepas, Marimon Ahmad Kasman, 57
tahun, menerima panggilan daripada Ayu memaklumkan bahawa dia sebenarnya
sudah berada di Nepal untuk tinggal bersama suaminya.
Sebelum itu ketika tinggal di Malaysia, Ayu membawa diri bersama
kedua-dua anaknya ke Nepal tanpa pengetahuan ayahnya.
Ayu dan suaminya itu berkahwin sebelum itu di Thailand dan kemudiannya
mendaftarkan perkahwinan itu di Malaysia dan anak pertama mereka lahir
di Malaysia dan anak kedua pasangan itu dilahirkan di Nepal.
Kini, Ayu merayu untuk dibawa pulang ke Malaysia kerana sudah tidak
tertahan hidup dalam keadaan sebegitu sehingga terpaksa memakan babi
apabila disuruh oleh ibu mertuanya.
Marimon hadir bertemu dengan wartawan memaklumkan beliau telah
menghubungi Wisma Putra untuk tujuan itu dan pihak Kementerian Luar
sudah pun menghubungi kerajaan Nepal bertanyakan tentang keadaan
anaknya.
“Menurut pegawai di Kementerian Luar, tiada masalah untuk membawa Ayu
pulang kerana lokasi tempat tinggalnya sudah dikenal pasti tetapi Ayu
dikatakan sudah tinggal di Nepal melebihi tempoh masa yang dibenarkan
tanpa visa.
“Pegawai itu berkata denda kerana kesalahan Ayu itu sudah mencecah
RM32,000 dan jumlah keseluruhan termasuk tiket pulang ialah kira-kira
RM35,000,” katanya.
Marimon dan isterinya Jaliah Tamin, 52 tahun, seorang rakyat Malaysia
tidak mampu untuk meraih wang sebanyak itu untuk membawa Ayu pulang ke
Malaysia.
Ayah Ayu, yang sebelum ini bekerja kerja-kerja buruh kini sudah
menghidapi kencing manis dan sudah kurang bekerja untuk menyara
keluarga.
“Saya kalau hendak uruskan tambang balik tiada masalah, ini apabila
dijelaskan termasuk denda mencecah jumlah sebegitu saya tidak mampu,”
katanya.
Kes ini sudah pun diserahkan kepada Biro Pengaduan Awam Kelab Putera 1
Malaysia yang dikelolakan oleh Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez
Abdul Rahim untuk tindakan lanjut membantu keluarga itu.
Pihak biro ketika ini masih meyiasat kes berkenaan.
Orang ramai juga jika mahu membantu Marimon boleh tampil untuk membantu
membawa pulang Ayu ke Malaysia.
Anda boleh menghubungi Jaliah di talian 0118554031.
Sumber: Mynewshub.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment