Hari Raya Terakhir Almarhum Tunku Jalil Tinggal Kenangan
Sungguh
kagum melihat telatah keluarga Diraja Sultan Johor yang telah
meluangkan masa beraya di Kuala Kangsar Perak baru-baru ini.
Foto
-foto ini dirakam ketika sambutan hariraya tahun ini,Ini juga bermakna
inilah sambutan hariraya terakhir buat arwah Tunku Jalil,dan sudah
tentunya keadaan seterusnya juga tanpa kehadiran arwah,
Sebagai ibu bapa,keluarga bukan senang menghadapi situasi ini setelah kehilangan insan tersayang…
Berdasarkan
entri yang dikongsikan menerusi laman Facebook Kesultanan Johor
mendapati, Anakanda Sultan Johor telah berjumpa dan beraya bersama
dengan sanak saudara sebelah bondanya, Permaisuri Johor Raja Zarith
Sofiah Sultan Idris Shah.
Tunku
Idris, Tunku Aminah, Tunku Jalil dan Tunku Abdul Rahman kelihatan
sungguh gembira dan seronok sekali dapat bertemu sepupu-sepupunya yang
kemungkinan sudah lama tidak bertemu.
Dalam pada itu, keluarga diraja ini juga telah singgah di sebuah kopitam di pekan Kuala Kangsar tanpa sebarang protokol.
Mereka mengabungkan lebih 3 buah meja untuk duduk bersama dan berbual mesra sambil menjamu selera.
Sikap
sederhana keluarga Diraja ini telah berjaya menarik perhatian orang
ramai di sekitar Kopitiam itu malah mendapat reaksi positif di laman
sosial.
Jom kita lihat foto-foto keluarga Diraja ini meraikan Aidilfitri secara sederhana dan bersahaja.
No comments:
Post a Comment