Wednesday, 9 December 2015

Anakku Yang Berusia 3 Tahun Baru Nak Menyuap Nasi Dah Kene Ambil Pinggan Oleh Pekerja Bangladesh ! !



..........$^%Aku dan keluarga sampai 8.45 malam di Food Court Setia City Mall untuk menikmati makanan di situ sambil mencari tempat duduk. Jam 9.00 malam, aku pergi ke beberapa gerai untuk memesan makanan. 9.00 malam, ke gerai Nasi Ayam. Mereka tidak mengambil lagi pesanan dan sedang sibuk mengemas. 9.05 ke gerai sebelah goreng-goreng pun sama juga tidak lagi mengambil pesanan dan kaunter mereka bersih serta telah dikemas. Jam tangan menunjukkan 9.15 malam. Aku pun pelik dan aku lihat hampir kesemua gerai yang ada sedang sibuk mengemas untuk menutup gerai dan tidak lagi mengambil pesanan. Ada yang telah menutup lampu, yang buka hanyalah gerai minuman dan Ayam Penyet#%....
....3%Aku pun order set nasi ayam penyet untuk anakku yang berusia 3 tahun, isteriku, adik ipar dan mak mertua. Kakak ipar juga pesan makanan untuk dua anaknya yang berusia 6 dan 9 tahun. 9.30 malam, kami baru nak makan. Sedang anak-anak kami berselera nak makan, tiba-tiba separuh food court telah gelap, lampu dipadam. Kami teruskan makan kerana selama ini, mana-mana food court akan tunggu pelanggannya habis makan dulu sebelum tutup sepenuhnya^$.....
....%#Kasihan melihat anak-anak kecil yang tergesa-gesa makan. Tiba-tiba datang seorang pekerja lelaki warga Bangladesh ke meja kami. Dia kutip pinggan kakak yang belum habis dijamah makanannya yang ketika itu kakak pergi basuh tangan anaknya. Tiba-tiba lampu di tempat kami juga dipadamkan satu persatu dan hanya tinggal 2 3 lampu sahaja. Tiga orang pekerja warga asing gerai itu terus datang mengangkat pinggan anak-anak kami#@....
....#%%"Nantilah. Belum habis makan," aku kata pada mereka. "Cepatlah! Dah habis, mahu tutup!" kata mereka. Aku tengok, jam 9.40 malam. "Lain kali jangan ambil order jam 9.30 malam. Kasi tutup teruslah," kata mak mertua. "Kami bayar tau! Mestilah mau habiskan makanan," sambung isteri aku pula. "Balik! Balik!" jerit seorang wanita dari dari gerai air secara tiba-tiba. Kami terkejut dan pinggan kami terus diangkat sedangkan nasi masih banyak, ayam belum dimakan habis, air masih separuh gelas. Pekerja warga Bangladesh itu terus angkat dan kemas. Memandangkan mereka sudah bertindak begitu, kami bangun dan mereka menghalau kami keluar atas alasan food court nak tutup yang pada ketika itu jam menunjukkan 9.46 malam#$%.....
....#%@9.46 malam dah halau pelanggan? Hari Sabtu malam minggu? Tengah makan pula tu?! Sibuk suruh pelanggan balik sebab mereka nak balik tepat jam 10.00 malam? Bukan ke piagam pelanggan kata pelanggan mesti dihormati? Kami tengah makan, bukannya baru nak pesan makanan. Lain kali kalau nak tutup kedai tepat jam 10.00 malam, jam 9.00 malam semua gerai tutup dan pintu masuk ke food court juga tutuplah awal. Jangan susahkan pelanggan/ Kami rakyat Malaysia, yang halau kami adalah warga asing. Kenapa mereka perlu begitu berani? Kenapa mereka nak tutup 9.46 malam sedangkan belum lagi jam 10.00 malam dan malam minggu pula tu? Kalau jam 9.46 malam tak ambil pesanan, kami boleh terima. Tapi kami pesan makanan pada jam 9.15 malam dan mula makan jam 9.30 malam. Takkan 9.46 dah nak tutup? Tak boleh ke hormat pelanggan dan tunggu kami habis makan sampai jam 10 malam?#$%......
....@#Kami pun bangun dengan perasaan marah dan bengang. Kami pergi dengan makanan yang tak habis dimakan disebabkan perangai makhluk-makhluk keliling yang sangat menyakitkan hati. Sambil bangun ke arah pintu keluar, aku dan isteri masih tak puas hati nak cari perempuan yang menjerit suruh balik itu tadi. Tetapi perempuan itu awal-awal lagi dah menyorok di belakang seperti tikus mondok. Sambil aku nak ke pintu keluar, temperature memang dah tak tahan lagi dah. Aku beri peringatan kepada semua pekerja di situ."Mana perempuan tadi yang suruh aku balik?! Mulut itu jaga-jaga sikit! Jangan nak celupar sangat!" Masing-masing senyum kambing, takut ke? Tadi berani sangat halau orang? Harap pengurusan ambil tindakan sewajarnya. Belajar hormat pelangan, belajar hormat rakyat Malaysia!" - Zulhilmi Abdul Kadir@$^.....

1 comment:

  1. kalau tutup lambat atau buka lambat... kedai tu kena saman oleh pengurusan gamaknya ye...

    ReplyDelete