#Gangguan
jin saka adalah perkara yang boleh dikatakan kerap juga berlaku dalam
sesetengah keluarga masyarakat Melayu. Ia adalah keadaan bila mana
seseorang itu dihuni tubuhnya atau didampingi oleh jin (berbagai jenis)
sama ada dia sendiri mahukan perkara itu atau dia terperangkap (oleh
perbuatan oranglain), atau atas faktor keturunan.....
Seorang
guru wanita yang telah berkahwin lebih 3 tahun (tapi belum dapat anak)
kini sedang diganggu saka dan masih dalam peringkat berubat. Punca saka
itu adalah dari bapa mertuanya (kini sudah meninggal).....
GADIS DISE-TUBUHI SAKA SELAMA 20 TAHUN KISAH BENAR!!!
Khabarnya
semua adik-beradik suaminya juga diganggu oleh saka tersebut. Gangguan
itu agak menyukarkan juga. Petik suiz lampu tidak menyala, terdengar
bunyi seakan anak kucing mengiau, bunyi seperti orang main guli, bunyi
kerusi ditarik, bunyi mencakar-cakar, termasuklah rumah berdentum dan
bergegar.
Hal
itu menyeramkan bulu roma hinggakan guru wanita itu tidak berani balik
ke rumahnya sekembali dari kerja. Dia duduk di masjid sementara menunggu
suaminya pula pulang dari kerja (suaminya kerja hingga jam 10 malam).
Di
waktu malam pula, walaupun suaminya ada di sisinya, dia tetap diganggu
dengan berbagai bunyi hingga sukar untuk tidur. Saya dan adik beradik
selalu terlihat lembaga hitam yang besar seakan manusia setinggi
kira-kira dua meter sehingga mencecah siling.
“SAYA
menerima qada dan qadar ini serta reda atas setiap ujian Allah SWT
tetapi kadang-kadang saya terfikir mengapa seseorang itu sanggup
‘mengorbankan’ keluarga sendiri demi mewarisi adat nenek moyang yang
jelas bertentangan dengan Islam...”
Begitulah
luahan seorang wanita selepas membaca rencana mengenai angkara Saka
yang disiarkan dalam Dimensi, tiga minggu lalu. Wanita yang hanya mahu
menggelar dirinya Alia, ,,menghantar emel untuk berkongsi pengalamannya
lebih 20 tahun dihantui Saka yang diwariskan datuk kepada ayahnya....
Berikutan itu, Alia menetap di luar negara untuk mengelak pelbagai
gangguan mistik dan menyeramkan angkara saka itu.
Ikuti luahannya:-
Datuk meninggal dunia ketika saya masih kecil, baru darjah dua. Sebelum meninggal, datuk sebelah ayah lumpuh selama setahun.....
Sejak
kematian datuk,,,, selalu ada kesan lebam di badan saya terutama paha
ke bawah tetapi ibu anggap ia perkara biasa kerana kanak-kanak sering
bermain, kerap jatuh dan terlanggar.....
Ketika
saya di sekolah rendah, ayah bekerja di negeri lain menyebabkan kami
tinggal berasingan. Ketika ketiadaan ayah, saya dan adik beradik lain
selalu terlihat kelibat lembaga hitam yang amat besar dan berbentuk
seakan manusia di rumah kami. Lembaga hitam itu setinggi kira-kira dua
meter sehingga mencecah siling.....
Saya selalu demam terkejut melihat lembaga berkenaan. Saya beritahu ibu tapi ibu kata itu hanyalah khayalan kanak-kanak......
Disebabkan
ayah bekerja di negeri lain, dua minggu sekali barulah dia pulang
melihat kami. Dua atau tiga hari sebelum ayah pulang, saya dan ibu pasti
terdengar suara ayah memanggil tetapi apabila berlari ke pintu dan
membukanya, saya hanya terlihat kelibat lembaga hitam.....
Ibu
selalu mengadu sakit pinggang dan bisa di kaki..... Badannya terasa
seperti dicucuk jarum halus apabila ayah pulang..... Dalam rumah pula,
selalu muncul serangga seperti belalang bersaiz empat hingga lapan
sentimeter panjang, berwarna hijau keperang-perangan dan merah malah
serangga itu berbunyi sungguh kuat dan berdesing.....
Ketika
kami berpindah tinggal bersama ayah apabila saya di sekolah menengah,
keadaan menjadi bertambah teruk. Saya selalu lewat bangun ke sekolah
kerana setiap malam,,,, badan terasa dihimpit lembaga hitam yang
besar......
Apabila
bangun tidur,,,, lebam sebesar syiling 50 sen atau lebih besar
kelihatan di kaki dengan kesan gigitan. Pinggang terasa seperti paku
mencucuk..... Sebelum datang haid, saya ada lebam di paha dan kitaran
haid juga tidak normal malah kadang-kadang tiada langsung......
Sebelum
muncul lebam, serangga seperti belalang muncul dalam rumah bersama bau
bangkai yang amat busuk selain bau darah hanyir. Perkara ini kerap
berlaku pada malam Jumaat dan badan saya akan berasa panas. Saya sering
mengadu kepada ayah sebaliknya dimarahi dan memberi pelbagai alasan.
Disebabkan
terlalu kerap menghidap penyakit itu, saya, ibu dan adik-beradik lain
mengambil ujian darah kerana khuatir menghidap leukimia. Ujian darah
bagaimanapun mengesahkan kami sihat.
Disebabkan
keadaan kami semakin mudarat dan pemeriksaan kesihatan moden gagal
mengesan sebarang penyakit, kami cuba berubat tradisional dan ramai
pengamal perubatan mengatakan kami terkena sihir.
Ada
antara mereka menyuruh kami mandi air garam, air daun, air tujuh
masjid, tujuh kolah, tujuh perigi, air zamzam, meletak jala dalam rumah
dan pelbagai kaedah lain tetapi lebam, bisa badan dan sakit pinggang
tidak berkesudahan malah semakin teruk.
Perangai
ayah juga berubah sejak kami tinggal bersamanya. Setiap malam Jumaat,
dia bergegas ke rumah nenek tapi sebelum itu akan mengamuk dan naik
berang tanpa sebab hingga kami ketakutan.
Kami
terus berubat tradisional dan daripada seorang pengamal perubatan, kami
diberitahu masalah ibu dan saya berpunca daripada ‘belaan’ keluarga
suami.
Dia
menyatakan lebam itu akibat jin belaan memakan darah sebagai perjanjian
menjaga harta benda dan anak cucu yang dibuat lama dulu oleh keturunan
ayah. Beliau menyuruh ibu membawa ayah berjumpa dengannya jika hendak
berubat.
Pengamal
perubatan menjelaskan sendiri kepada ayah tapi sebaik mendengar
penjelasan itu, ayah benar-benar marah dan tidak percaya. Dia menuduh
keluarga ibu terbabit.
Kali
ketiga kami datang untuk berubat, pengamal perubatan itu tidak lagi
mahu menerima kedatangan kami kerana keluarganya kacau bilau dan isteri
pengamal perubatan itu dirasuk lembaga hitam dan berbulu. Yang peliknya,
sesiapa saja termasuk pengamal perubatan yang hendak menolong saya dan
ibu pasti dilanda musibah pelik-pelik.
Sejak
itu, saya dan ibu sakit bertambah teruk – selalu demam, tidur malam
terasa dihimpit dan bermimpi dirogol lembaga hitam besar. Sehinggalah
kami bertemu seorang ustaz untuk berubat. Selepas diperiksa, ustaz itu
mula menerangkan dengan terperinci perkara sebenar:-
“Keturunan
sebelah ayah dulu ada membuat perjanjian dengan makhluk itu melalui
perantaraan seseorang yang dianggapnya sebagai ‘wali’ ketika menuntut.
Wali itu menghadiahkan ‘khadam’ untuk menolong menjaga harta benda dan
keturunan anak cucunya, membuka kebun selain menjadikan orang lain
melihatnya gagah, kuat dan berasa gerun....
“Selepas
datuk meninggal, makhluk itu terbiar lama, tidak diberi layanan dan
ganjaran seperti janji tuannya dulu menyebabkan ia mengamuk dan mahukan
layanan..... Sebelum kehadiran makhluk jin besar keturunan Ifrit jantan
atau digelar hantu raya dalam budaya Melayu itu, akan ada bau busuk dan
serangga seperti belalang atau serangga lain.
“Makhluk
itu berbulu seperti mawas, amat ganas dan memakan darah dan air mani
manusia untuk hidup, akan menggigit dan meninggalkan tanda kepada semua
keturunan keluarga ayah,” katanya.
Ustaz
itu juga menerangkan, makhluk itu kadang-kadang menyerupai ayah dan
sering mer0gol ibu dan saya ketika tidur. ...Apabila kami tidur,
kadangkala bermimpi melahirkan anak kecil. Makhluk itu juga berupaya
mengacau-bilau dan memecah belahkan keluarga jika tuntutannya tidak
dipenuhi. Ustaz itu menambah,,, jika tidak berhati-hati, kemungkinan ada
kematian kerana makhluk itu mahukan makanannya (darah) yang banyak....
Saya tidak tahu betul atau tidak, tetapi ramai keluarga di sebelah ayah
yang mati pada usia muda. Wallahualam.....
Kami
berubat tapi masalah lebam masih berterusan dan mimpi dir0gol masih
berterusan. Saya juga kerap bermimpi anak kecil selain bermimpi melahir
dan menyusukan bayi. Pernah sekali antara sedar dan tidak, saya melihat
lembaga hitam menyerupai ayah mengaku yang ‘ia’ sudah mati dan hendak
memeluk saya.
Apabila
saya sedar, saya menjerit dan lembaga itu hilang. Dua tiga hari selepas
insiden itu, bau hanyir darah memenuhi bilik. Semua cadar dicuci tetapi
bau masih ada. Insiden pelik lain ialah bunyi sesuatu menghempap
bumbung dan mencakar siling terutama pada tengah hari dan malam......
Kelakuan
ayah juga pelik apabila membiarkan sekeping bumbung (atap) rumah
terbuka pada setiap bilik, meletakkan parang atau sebilah pisau kecil di
bawah permaidani, katil atau kerusi dan makan dalam kuantiti yang
banyak malah berpinggan-pinggan.....
Ayah
juga ada menyimpan keris kecil yang katanya, pusaka yang harus dijaga
rapi selain sehelai kain putih berbentuk gelang yang dililit. Setiap
malam Jumaat atau malam Rabu, ayah memakai wangian yang baunya sungguh
kuat dan membuka semua tingkap dengan luas. Ayah juga tidak mahu tidur
dengan ibu dan mengunci diri dalam bilik keseorangan.....
Pernah
saya mengintai dan melihat dia bercakap seorang diri dan ketika itu di
luar rumah ada bunyi serangga seperti belalang yang berdesing kuat.
....Ustaz yang kami temui juga pernah berkata, datuk saya itu tidak
boleh meninggal dunia selagi ‘amalannya’ diturunkan kepada waris
keturunannya menyebabkan ustaz itu menasihatkan saya dan ibu memutuskan
hubungan dengan ayah dan duduk sejauh mungkin bagi mengelakkan gangguan
berterusan.....
Alhamdulillah,,,
kami mengikuti nasihat itu. Kini saya menetap di luar negara dan dalam
proses membawa ibu tinggal bersama-sama. Masalah lebam masih ada tetapi
sudah tidak seteruk dulu. Buat masa ini, saya mengamalkan bacaan
beberapa ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun untuk mengelak
diganggu. Bisa di badan dan mimpi dir0gol atau dihempap makhluk hitam,
Alhamdulillah sudah tiada....
Memang
sukar untuk masyarakat mempercayai perkara ini, tetapi pada hakikatnya
inilah masalah yang melanda masyarakat Melayu hingga kini.... Mungkin
ada sesetengah pihak menganggap perkara ini remeh tetapi amalan saka
jika tidak dibendung membawa mudarat – perpecahan rumah tangga,
,,perceraian suami isteri, syak wasangka,,, pergaduhan antara saudara
dan masyarakat, sakit misteri berlanjutan dari segi fizikal dan mental
serta hidup tidak lagi tenang.....
Saya
berharap jika ada sesiapa yang menghadapi masalah saka, berubatlah dan
buanglah perkara jahil ini.... Bertaubat serta kembalilah ke jalan Islam
yang sebenar dan percayalah kepada kekuasaan Allah dan amalan Nabi dan
Rasul....


No comments:
Post a Comment