Bukan setakat memiliki kecantikan badan, mata dan raut wajah malah bakat lakonan yang semujadi dan tidak kekok di hadapan kamera.
Baru-baru ini, 13 keping gambarnya dipeluk erat seorang jejaka macho telah menjadi viral di laman sosial. Mereka dilihat sangat mesra berpegangan tangan di khalayak ramai.
Nampaknya demam drama Rindu Awak 200% masih belum tamat lagi. Baru-baru ini Zul Ariffin dan Ayda Jebat dilihat telah hadir bersama-sama ke sebuah majlis yang berkaitan dengan kereta kebangsaan, Proton.
Kehadiran mereka berdua telah menjadi tumpuan ramai lebih-lebih apabila
melihat kemesraan yang dipamerkan. Berpegangan tangan, berpeluk pinggang
dan bertepuk tampar, Zul dan Ayda tampak seperti pasangan kekasih.
Adakah mereka berdua masih menghayati watak masing-masing dalam drama
Rindu Awak 200% atau sememangnya Zul dan Ayda mempunyai perasaan sayang
sesama sendiri? Yang pasti, mereka berdua memang ‘matching’ yang amat.
Gambar-gambar yang diambil oleh peminat mereka ini jelas menunjukkan
kemesraan. Para peminat sendiri tampaknya merestui sekira mereka
mempunyai hubungan lebih daripada sekadar kawan. Kebanyakan peminat
melahirkan rasa teruja.
Apa kata anda? Sesuaikah sekiranya Zul dan Ayda benar-benar bercinta?
Bak pinang dibelah dua kan? Lagi beberapa gambar bintang drama Rindu
Awak 200% ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Terima kasih kepada para peminat yang menjadi paparazi penuh gaya untuk
menangkap aksi mereka berdua. Tulisan artikel milik penuh Blog beautifulnara
No comments:
Post a Comment